Wednesday, May 13, 2009

"Freemason" kebebasan terancang

Tahun 2009 ini, merupakan tahun yang penuh dengan suka duka politik negara. Bermacam-macam blog berkenaan politik telah wujud. Ada yang menaikkan pembangkang dan ada yang menjulang kerajaan. Berbagai-bagai senario, gelak tawa dan tangisan yang didengari di dalam tahun ini.

Dengan bermacam-macam peristiwa yang berlaku tanpa disedari ianya dirancang oleh organisasi YAHUDI secara teratur dan mempunyai agenda yang tersendiri. Semua pimpinan tertinggi merupakan boneka yang mendengar arahan dari telunjuk ketua yang berbangsa YAHUDI. Organisasi tersebut atau lebih dikenali dengan panggilan Freemason telah mengorak langkah dengan mencipta konspirasi agar yang mentadbir negara ini adalah ahli Freemason sendiri. Mereka akan menjatuhkan sesiapa yang menentang dan sesiapa yang memperjuangkan ISLAM. Tahun ini juga memperlihatkan konspirasi terhadap anuar,pertukaran tampok pimpinan, MT UMNO, sistem kehakiman, Raja-raja Melayu dan berbagai-bagai lagi yang boleh dikaitkan dengan Freemason di Malaysia ini. Segala rancangan Freemason merupakan strategi yang sangat halus dan sangat berbahaya. Mereka menyerang dari pihak yang tertinggi bagi memerintah Negara Malaysia ini.

saya akan menerangkan lagi berkenaan konspirasi tersebut di entri yang akan datang..
tunggu~

Thursday, May 7, 2009

Gerakan Freemason Sedunia


Tajuk : Gerakan Freemason Sedunia Falsafah Freemason Yang Telah Didedahkan dan Ditolak
Oleh : Harun Yahya
Terbitan : Saba Islamic Media
Tahun : 2005

Sinopsis:
Buku ini memuatkan pendedahan tentang pergerakan Freemason dan falsafah disebalik organisasi tersebut yang penuh rahsia daripada pandangan Harun Yahya. Dan juga mengetengah serba sedikit taktik penggulingan pemerintah negara yang di amalkan oleh Freemason.

Anda bolehlah mendapatkan sedikit maklumat tentang buku tesebut di entri blog :

http://fadliakiti.blogspot.com/2007/04/gerakan-freemason-sedunia.html
milik saudara Fadz

Wednesday, May 6, 2009

Perjanjian Yalta dan Freemason

Perjanjian Yalta telah ditandatangani pada 11 Februari 1945, 3 orang yang berkuasa ketika itu Franklin D. Roosevelt (Presiden U.S), Winston Churchill (Perdana Menteri British) dan Joseph Stalin (Soviet Premier). Antara kandungan perjanjian tersebut adalah Roosevelt perlu menyerahkan kebanyakan negara jajahan U.S kepada Russia. Daripada perjanjian tersebut pihak Komunis Russia telah mendapat banyak keuntungan.

Perjanjian tersebut telah membawa tanda tanya kepada seluruh dunia mengapa Franklin D. Roosevelt sanggup memberikan sebesar-besar keuntungan kepada komunis Russia. Menurut Pegawai Perhubungan Joseph Stalin dan Rossevelt bahawa perjanjian tersebut dicetuskan atas dasar anggota Freemason.

Tuesday, May 5, 2009

Renchah hidop Freemasonary

Seperti yang anda sedia maklum, Freemason merupakan satu organisasi Yahudi yang teratur dan lengkap. Freemason ada mengeluarkan buku tahunan yang mencatatkan nama-nama ahli terkini bagi memudahkan perhubungan sesama ahli. Buku tersebut dinamakan Masonic Year Book lebih kurang 3000 ahli dari Malaysia yang dikenal pasti di dalam Masonic Year Book 1970. Kebanyakan diantara mereka merupakan orang-orang ternama dan berpengaruh di Malaysia ini.

Freemason ini amat jelas sudah bertentangan dengan ajaran Islam. Sumpah setia bagi menjadi salah seorang ahli Freemason menampakkan lagi bahawa organisasi tersebut memurtadkan orang-orang islam di seluruh negara. Antara petikan sumpah setia tersebut adalah "Aku rela sekiranya aku melanggar sumpahku, akan dibakar bibirku dengan besi panas dan dipotong kedua tanganku dan dipenggal leherku, kemudian digantung mayatku di hadapan ahli Freemason yang lain supaya dijadikan tauladan kepada mereka dan selepas itu dibakar mayatku dan ditaburkan abunya di angin, agar tidak tertinggal lagi bekas-bekas mayatku". Jelas sekali ia memurtadkan orang-orang Islam. Tetapi realitinya sudah ramai orang Islam yang menganggotai Freemason ini. Di dalam buku "Protocols of the Elders of Zion" ada menunjukkan peranan Freemason dan tujuan sebenar mereka. Di dalam buku tersebut ada juga menayangkan gambar peta penaklukan bagi Israel iaitu dipanggil 'Map of "Greater Israel"'.


bersambung~

Monday, May 4, 2009

BAPA KEMERDEKAAN SABAH SEORANG FREEMASON?



Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Datu Harun atau digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' merupakan pejuang kemerdekaan yang termasyur di Negeri Sabah sekitar tahun 60-an. Persoalan disini, adakah Datu Mustapha salah seorang Mason? Isu berkenaan Mason dan Datu Mustapha pernah dieksposkan satu ketika dahulu oleh Pergerakan Pemuda UMNO di Brickfields yang menolak seluruhnya akan kewujudan Freemason ini. Kebanyakan syarikat akhbar seperti Akhbar Harian Ekspress juga meletakkan isu tersebut di muka hadapan dan menjadi cerita hangat pada Mac 1977.

Walaubagaimana pun Datu Mustapha yang merupakan Presiden PERKIM pada tahun 1977-1979 dengan segala rendah diri mengakui hal ini. Walaubagaimanapun Datu Mustapha tetap berpegang pada ajaran agama yang satu. Sedikit latar belakang Freemason yang diterangkan oleh Datu Mustapha ialah "Freemason merupakan satu organisasi yang cukup bahaya, mempunyai strategi yang sangat halus, cukup kuat mempengaruhi minda rakyat dan dan mempunya kuasa untuk menentukan sesuatu" yang dipetik dari Suara Merdeka, 6 Mac 1977.

bersambung~

Membongkar aktiviti Freemason di Malaysia!

Pada permulaan ini saya akan membongkarkan serba sedikit tentang pergerakan Freemason ini di Malaysia. Maklumat yang saya ketengah merupakan info dari buku-buku seperti Freemasonary resapi politik Malaysia? oleh Ibnu Abbas dan beberapa buku terbitan Malaysia berkenaan pegerakan tersebut di Malaysia sejak tahun 1970-an.

Freemason merupakan satu pertubuhan yang dianggotai oleh seramai lebih kurang 7 juta manusia yang berlatar belakangkan pelbagai agama dan bangsa. Pegerakan ini telah wujud beberapa dekad dahulu dengan tujuan yang begitu sulit. Sehingga hari ini tiada siapa yang tahu akan perjuangan sebenar Freemason ini melainkan ahli Freemason sendiri atau lebih dikenali dengan panggilan "Mason". Pertubuhan atau organisasi ini begerak secara teratur, penuh perancangan dan sulit.

Freemason ini telah mula menular didalam negara Malaysia ini sejak merdeka lagi. Seperti yang disebut oleh Ibnu Abbas di dalam bukunya Freemasonary resapi politik Malaysia? ada memaklumkan bahawa Freemason pernah timbul di dalam Persidangan Dewan Rakyat sejak awal 1970-an lagi dan wakil rakyat yang pertama menimbulkan isu organisasi tersebut adalah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa yang merupakan Bekas Yang Di Pertua PAS sekitar tahun 80-an. Tuan guru memang arif mengenai Freemason kerana organisasi tersebut membahayakan keselamatan negara. Tuan guru juga ada menekankan serba sedikit perkara yang pernah dilakukan oleh organisasi Yahudi itu iaitu memainkan peranan dalam menggulingkan kerajaan Sultan Abdul Hameed (Turki). Organisasi tersebut begerak secara "di belakang tabir" dan menyerang secara halus melalui Mason yang merupakan orang dalam Kerajaan Turki sendiri.

bersambung~

Sunday, May 3, 2009

Ceritera Malaysia!!

Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada semua pembaca. Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa anda bagi membaca coretan yang tidak seberapa dari saya. Ceritera Malaysia ini di wujudkan bagi berkongsi serba sedikit cerita mengenai tanah tumpah darah saya iaitu Malaysia. Maklumat-maklumat yang saya dapati merupakan dari pembacaan saya. Sekiranya ada kesilapan maklumat ataupun mahu berkongsi maklumat silalah emailkan kepada KY4mato.z4ru@gmail.com. Saya mengalu-alukan komen dan maklumat yang anda berikan bagi menambah baikan laman blog ini.

Dipohon kepada anda, sekiranya anda berpuas hati tentang maklumat yang diberikan, silalah war-warkan kepada rakan-rakan anda mengenai blog ini. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pembaca. Assalamualaikum~