Monday, May 4, 2009

BAPA KEMERDEKAAN SABAH SEORANG FREEMASON?



Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Datu Harun atau digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' merupakan pejuang kemerdekaan yang termasyur di Negeri Sabah sekitar tahun 60-an. Persoalan disini, adakah Datu Mustapha salah seorang Mason? Isu berkenaan Mason dan Datu Mustapha pernah dieksposkan satu ketika dahulu oleh Pergerakan Pemuda UMNO di Brickfields yang menolak seluruhnya akan kewujudan Freemason ini. Kebanyakan syarikat akhbar seperti Akhbar Harian Ekspress juga meletakkan isu tersebut di muka hadapan dan menjadi cerita hangat pada Mac 1977.

Walaubagaimana pun Datu Mustapha yang merupakan Presiden PERKIM pada tahun 1977-1979 dengan segala rendah diri mengakui hal ini. Walaubagaimanapun Datu Mustapha tetap berpegang pada ajaran agama yang satu. Sedikit latar belakang Freemason yang diterangkan oleh Datu Mustapha ialah "Freemason merupakan satu organisasi yang cukup bahaya, mempunyai strategi yang sangat halus, cukup kuat mempengaruhi minda rakyat dan dan mempunya kuasa untuk menentukan sesuatu" yang dipetik dari Suara Merdeka, 6 Mac 1977.

bersambung~

3 comments:

  1. salam.. ada lagi berita tentang freemason?

    ReplyDelete
  2. salam...apa itu freemason yang sebenarnya

    ReplyDelete