Monday, May 4, 2009

Membongkar aktiviti Freemason di Malaysia!

Pada permulaan ini saya akan membongkarkan serba sedikit tentang pergerakan Freemason ini di Malaysia. Maklumat yang saya ketengah merupakan info dari buku-buku seperti Freemasonary resapi politik Malaysia? oleh Ibnu Abbas dan beberapa buku terbitan Malaysia berkenaan pegerakan tersebut di Malaysia sejak tahun 1970-an.

Freemason merupakan satu pertubuhan yang dianggotai oleh seramai lebih kurang 7 juta manusia yang berlatar belakangkan pelbagai agama dan bangsa. Pegerakan ini telah wujud beberapa dekad dahulu dengan tujuan yang begitu sulit. Sehingga hari ini tiada siapa yang tahu akan perjuangan sebenar Freemason ini melainkan ahli Freemason sendiri atau lebih dikenali dengan panggilan "Mason". Pertubuhan atau organisasi ini begerak secara teratur, penuh perancangan dan sulit.

Freemason ini telah mula menular didalam negara Malaysia ini sejak merdeka lagi. Seperti yang disebut oleh Ibnu Abbas di dalam bukunya Freemasonary resapi politik Malaysia? ada memaklumkan bahawa Freemason pernah timbul di dalam Persidangan Dewan Rakyat sejak awal 1970-an lagi dan wakil rakyat yang pertama menimbulkan isu organisasi tersebut adalah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa yang merupakan Bekas Yang Di Pertua PAS sekitar tahun 80-an. Tuan guru memang arif mengenai Freemason kerana organisasi tersebut membahayakan keselamatan negara. Tuan guru juga ada menekankan serba sedikit perkara yang pernah dilakukan oleh organisasi Yahudi itu iaitu memainkan peranan dalam menggulingkan kerajaan Sultan Abdul Hameed (Turki). Organisasi tersebut begerak secara "di belakang tabir" dan menyerang secara halus melalui Mason yang merupakan orang dalam Kerajaan Turki sendiri.

bersambung~

1 comment: